LATAR BELAKANG IMR

IMR telah ditubuhkan oleh British pada tahun 1900 oleh Sir Frank Swettenham Athelstane, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai Institut Patologi di Kuala Lumpur, dengan tujuan untuk memperbaiki taraf kesihatan penduduk tempatan dan untuk meneroka bidang perubatan tropika yang luas dan masih tidak diketahui. Sejak itu IMR telah mengembangkan peranannya dan membuat sumbangan yang besar kepada penyelidikan biomedikal dan disiplin perubatan yang lain.

Usaha-usaha penyelidikan di IMR telah menyumbang kepada pengetahuan, pemahaman, rawatan dan kawalan beberapa penyakit tropika utama di negara ini dan rantau Asia Tenggara termasuk penyakit beri-beri, malaria, taun, kepialu, cacar, kusta, batuk kering, filariasis, denggi, gosok tifus dan kekurangan nutrien. Fungsi utama IMR adalah penyelidikan, perkhidmatan diagnostik khusus, latihan dan perundingan teknikal.

Fungsi IMR dipikul melalui lapan (8) pusat penyelidikan di bawahnya seperti yang berikut:

  1. Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi
  2. Pusat Penyelidikan Kanser
  3. Pusat Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar
  4. Pusat Penyelidikan Perubatan Herba
  5. Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit
  6. Pusat Penyelidikan Pemakanan, Metabolisma dan Kardiovaskular
  7. Pusat Diagnostik Khas
  8. Pusat Sumber Khas