Aktiviti Unit Alergi

. Terakhir dikemaskini: 07 Jun 2024Jumlah paparan: 6271

 

1. Diagnostik

  • Untuk ujian khas alergi boleh rujuk di laman sesawang IMR.
  • Untuk ujian diagnostik yang masih dalam evaluasi dan optimisasi, boleh hubungi unit alergi di talian: 03-33627638.

2. Latihan Dan Servis Konsultansi

  • Menganjurkan seminar secara internal dan nasional untuk memberi kesedaran dan maklumat terkini tentang penyakit-penyakit berkaitan alergi kepada warga perubatan.
  • Menganjurkan pelbagai latihan setiap tahun untuk mempastikan staf unit alergi sentiasa kompeten dalam menjalankan ujian.
  • Menganjurkan dan menawarkan latihan ‘Skin Prick Test’ kepada klinik yang menawarkan ujian tersebut.
  • Menganjurkan dan menawarkan latihan kepada makmal-makmal untuk ujian khas diagnostik.
  • Memberi ceramah dan latihan praktikal kepada kursus diploma (DAPE dan DMM) di bawah anjuran ‘SEAMEO-TROPMED Regional Centre for Medical Microbiology, Parasitology & Entomology’.


    Peserta yang menghadiri ‘National Allergy and Immunology Seminar (NAIS) 2023’

    Bengkel ‘Skin Prick Test’


    Bengkel Penyeragaman Alergen

3. Penyelidikan

  • Penyeragaman ekstrak alergen.
  • Pengenalpastian alergen makanan utama.
  • Corak sensitiviti di kalangan pesakit alahan.
  • Penjelasan profil sensitiviti molekul kepada allergen Blomia tropicalis dan kaitannya dengan gejala klinikal dengan menggunakan ‘Component resolved diagnosis (CRD)’.