Objektif & Aktiviti Unit Autoimun

. Terakhir dikemaskini: 11 Jun 2024Jumlah paparan: 14995

OBJEKTIF

  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam bidang imunologi dan penyakit autoimun.
  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik lanjutan kepada pesakit autoimun di sektor awam mahupun swasta.
  • Memberikan khidmat kepakaran dan pengetahuan melalui kursus, kuliah dan latihan sangkutan atau latihan industri.

AKTIVITI
1.       Perkhidmatan diagnostik

       Senarai ujian diagnostik yang ditawarkan di unit ini adalah seperti berikut:

Bil. Ujian
1 Anti-Aquaporin-4 (AQ-4) Antibodies
2 N-Methyl-D-Aspartate Receptor (NMDAR) Antibodies
3 Paraneoplastic Neurological Syndrome (PNS) Antibodies
4 Anti-Acetylcholine Receptor (AChR) Antibodies
5 Coeliac Disease (CD) Antibodies
  • Anti-Deaminated Gliadin (IgA &IgG)
  • Anti-Tissue Transglutaminase (IgA & IgG)
  • Anti-Endomysium (IgA)
6 Ganglioside (GA) Antibodies
7 Anti-Glomerular Basement Membrane (GBM) Antibodies
8 Anti-Phospholipase-A2 Receptor (PLA2R) Antibodies
9 Specific Liver Antibodies (SLA)
10 Skin Antibodies
11 Cytokines (IL-1β, IL-6, IL-8, TNF-α)

autoimun cytokine  

 

Staf makmal sedang menjalankan ujian cytokine



2.      Penyelidikan

Fokus penyelidikan unit ini adalah berkaitan bidang imunologi, ke arah meningkatkan pengurusan dan pencegahan berkaitan penyakit autoimun. Pasukan penyelidikan unit ini lebih menjurus ke arah kajian penyakit autoimun seperti multiple sclerosis (MS), Diabetes Mellitus Jenis 1 (T1DM) dan penyakit seliak. Selain itu, unit ini juga terlibat dalam pembangunan vaksin mRNA. Dalam mengejar kecemerlangan saintifik, unit ini secara aktifnya bekerjasama dengan universiti dan hospital tempatan untuk mengembangkan  penyelidikan dan seterusnya secara langsung dapat menyumbang kepada komuniti saintifik yang lebih luas.
autoimun pbmc

Pengkulturan semula PBMC yang terpelihara (cryopreserved) untuk menghidupkan semula sel sebelum digunakan untuk ujian berikutnya

 

3.      Latihan

Unit ini menyediakan latihan makmal kepada pelajar yang mengikuti program sub-kepakaran, Sarjana, Sarjana Muda, dan Diploma, serta kakitangan makmal dari institut kerajaan dan swasta. Program ini direka khusus untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk lebih cemerlang dalam bidang berkaitan diagnostik makmal. Selain itu juga, untuk memastikan kakitangan unit ini sentiasa mendapat ilmu dan info baru berkaitan bidang imunologi ini, kakitangan turut dihantar menghadiri sesi latihan secara kerap samada di dalam atau luar negara.
autoimun elisa

Sesi praktikal berkaitan kaedah ELISA dan ujian cytokine



4.      Khidmat Perundingan

Unit ini turut menawarkan perkhidmatan perundingan pakar dalam penyelidikan dan diagnostik yang berkaitan dengan penyakit autoimun dan imunologi. Ini termasuklah sesi perundingan, analisis data dan tafsiran. Perkhidmatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan unit ini khasnya dan amnya kepada rakyat Malaysia.
autoimun consultancy

Sesi analisis keputusan ujian dan data yang diperoleh