[ English | Bahasa Malaysia ] Today is 14th Jul 2024, 09:33 AM (Last updated: 12th Jul 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Ucapan Pengarah IMR Sempena Sambutan Hari Pekerja 2024

. Last Updated: 30 April 2024Hits: 592

Hari Pekerja 2024 2

Tema Hari Pekerja Tahun 2024 ialah ”PEKERJA KESUMA BANGSA”. Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini pastinya amat bermakna kepada seluruh warga IMR kerana YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim akan mengumumkan penambahbaikan gaji penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei. Ini adalah usaha kerajaan bagi memotivasikan penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Justeru, adalah penting untuk kita memanifestasikan rasa terima kasih kita kepada kerajaan dengan perubahan-perubahan positif ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Sesungguhnya kerja itu adalah suatu ibadah. Maka, bekerjalah dengan penuh tekun, amanah, profesional dan Ikhlas. Dalam masa yang sama, berilah hak kepada tubuh badan untuk berehat.

”Selamat Hari Pekerja” kepada semua!


 

 

Dr Ami Fazlin Binti Syed Mohamed
Pengarah IMR

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notice

 

This site is best viewed on Firefox (24.0) with resolution higher than 1280 x 768 pixels.

Our Location

world

Located at Setia Alam, Selangor, Malaysia. Click on the map image to launch Google Maps service.

Get in touch with us