[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 27 Jul 2024, 03:48 PM (Terakhir dikemaskini pada: 24th Jul 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan Kepada Pusat AIRC

. Terakhir dikemaskini: 29 Mei 2024Jumlah paparan: 10000


Warga kerja Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi yang diketuai oleh Dr. Masita Arip

Pengenalan
Sejarah Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi (AIRC) bermula pada tahun 1928 apabila IMR menubuhkan satu Bahagian yang menghasilkan vaksin limfa bagi pengimunan terhadap penyakit cacar. Pada tahun 1930, Bahagian ini telah dinamakan sebagai 'Lymph Station'. Selepas itu, Bahagian Serologi telah ditubuhkan pada tahun 1946. Pada tahun 1972, nama bahagian ini ditukarkan menjadi Bahagian Serologi dan Imunologi. Pada tahun 2001 iaitu setelah pengstrukturan semula IMR, bahagian ini dinamakan sebagai Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi (AIRC).


Pusat ini terdiri daripada lima unit seperti Unit Alergi, Unit Autoimun, Unit Imunodefisiensi Primer, Unit Transplantasi Imunologi dan Unit Imunogenetik yang menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan diagnostik khas khususnya bagi ujian imunologi. Saban tahun, AIRC komited untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik yang cemerlang kepada semua klien dari Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital-hospital swasta serta makmal-makmal dari seluruh Malaysia.


AIRC terus menekankan untuk menjalankan penyelidikan imunologi yang asas serta gunaan. Aktiviti penyelidikan di AIRC memberi fokus kepada pelbagai bidang imunologi seperti penyakit alergi, penyakit autoimun, transplantasi imunologi, penyakit imunodefisiensi primer, reumatoid atritis dan penyakit berjangkit (contohnya denggi dan difteria) termasuklah pembangunan vaksin.


AIRC juga secara berterusan menjalankan pelbagai aktiviti Malaysian Stem Cell Registry (MSCR) yang merupakan satu pangkalan data berkomputer menyenaraikan sukarelawan yang boleh menderma sel stem darah mereka untuk membantu pesakit yang memerlukan penderma yang tiada pertalian darah yang sepadan bagi tujuan transplantasi sel stem hematopoitik.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Setia Alam, Selangor, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami