[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 2 Dec 2024, 09:57 AM (Terakhir dikemaskini pada: 21st Nov 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Alergi

. Terakhir dikemaskini: 07 Jun 2024Jumlah paparan: 11312

Warga kerja Unit Alergi yang diketuai oleh Dr Husna Farhanah Ahmad


PENGENALAN
Unit Alergi telah ditubuhkan pada 2001 bermula dengan penubuhan makmal khas alergi di IMR dan juga klinik alergi yang pertama di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Staf unit Alergi terdiri dari pakar patologi, pegawai perubatan, pegawai penyelidik, pegawai sains, dan juga juruteknologi makmal perubatan.

Unit Alergi adalah pusat rujukan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang menawarkan ujian diagnostik khas berkaitan penyakit alergi. Unit ini menyediakan ujian-ujian makmal khas bagi diagnosis dan pengurusan penyakit-penyakit alergi. Ujian ujian yang ada sekarang adalah seperti total Ig E, ujian Ig E Spesifik, ‘Tryptase’ dan Ujian ‘Eosinophils Cationic Protein’. Ujian-ujian ini ditawarkan kepada hospital-hospital Kerajaan, hospital swasta dan juga makmal swasta. Untuk ujian Ig E Spesifik, makmal alergi menawarkan pelbagai jenis ujian ke atas kehadiran antibodi terhadap alergen termasuk allergen terhadap udara, persekitaran, makanan, ubat dan juga komponen alergen untuk ‘component resolved diagnosis (CRD)’. Selain dari ujian in vitro, klinik alergi di bawah Unit Alergi juga sedang beroperasi di Institut Kesihatan Negara (IKN).

Aktiviti penyelidikan dan inovasi juga dijalankan terhadap alergen tempatan untuk pengeluaran dan juga kegunaan ujian ‘Skin Prick Test’ (SPT) di klinik dan juga hospital kerajaan. Alergen-alergen ini adalah dalam proses komersialisasi. Evaluasi dan optimisasi ke atas ujian-ujian baru terutamanya terhadap alahan ke atas ubat sedang giat dijalankan. Kerjasama dalam penyelidikan bersama-sama pusat lain di IMR dan juga universiti sedang dijalankan. Kerjasama baru dalam penyelidikan juga dialu-alukan.

Staf di unit Alergi juga terlibat secara aktif dalam proses pengajaran pelajar perubatan dan sains kesihatan dari universiti-universiti tempatan dan juga unit ini mengadakan program-program konsultansi secara berkala.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Setia Alam, Selangor, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami