Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (IDRC) ditubuhkan pada 16 hb April 2001 dengan tujuan untuk menjalankan dan mempromosi penyelidikan bermutu dalam bidang penyakit-penyakit berjangkit. Terutama sekali penyakit berjangkit yang baru, dan penyakit berjangkit yang muncul semula. Tumpuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah kesihatan dalam negara, memberi perkhidmatan runding cara kepada penyedia kesihatan, pengurus-pengurus dan perancang-perancang dalam diagnosa, rawatan, pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit berjangkit dengan hasrat mempertingkatkan kesihatan populasi rakyat Malaysia.