- Menjalankan aktiviti kajian yang berkaitan dengan perubatan parasitologi dan mencapai sasaran yang telah diberi oleh Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit.
- Menawarkan perkhidmatan diagnosis untuk ujian khusus parasitologi dan menjadi rujukan bagi makmal patologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Menjalankan penilaian berterusan dalam bidang parasitologi untuk peserta dalaman (Staf unit / institut) dan peserta luaran (Institusi KKM, agensi dalam dan luar negara)
- Menyediakan platform perbincangan dalam bidang diagnostik makmal parasitologi dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan parasit manusia
- Bekerjasama dengan agensi di Malaysia dan agensi asing berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan perubatan parasitologi
- Menyokong aktiviti-aktiviti lain yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia