Latihan
Untuk memastikan kemahiran kakitangan dalam menjalankan pelbagai ujian diagnostik, Unit Virologi menganjurkan pelbagai program latihan setiap tahun. Program-program ini termasuk demonstrasi teknik makmal dan hands-on dan latihan mengenai penggunaan dan pengendalian peralatan. Selain itu Unit Virologi telah menganjurkan beberapa ceramah yang disampaikan oleh pegawai-pegawai penyelidikan berkaitan dengan penyiasatan wabak dan penemuan penting. Unit Virologi juga terlibat secara aktif dalam menyampaikan kuliah dan amali makmal untuk dua kursus diploma utama yang dianjurkan oleh Pusat Serantau SEAMEO-TROPMED untuk Mikrobiologi Perubatan, Parasitologi & Entomologi. Kedua-dua kursus tersebut ialah Diploma Parasitologi dan Entomologi Gunaan dan Diploma Mikrobiologi Perubatan.
Dari masa ke semasa, Unit Virologi juga menawarkan latihan kepada makmal dan hospital-hospital lain di negara ini berkaitan dengan teknik-teknik makmal dalam diagnosis penyakit. Sebagai contoh, pada tahun 2009, ketika wabak Influenza A (H1N1), Unit Virologi, IMR telah didaftar sebagai makmal rujukan untuk menjalankan penyiasatan dan diagnosis penyakit meggunakan Real-Time PCR. Dalam tempoh itu, latihan telah diberikan kepada beberapa hospital dan makmal-makmal luar untuk membolehkan mereka menjalankan diagnosis Influenza A (H1N1) di makmal mereka sendiri.