{autotoc}
PENYELIDIKAN
MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI KAJIAN BERTERUSAN
Pendekatan molekular untuk pengenalpastian makanan darah
Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu teknik Polymerase Chain Reaction (PCR) yang berdasarkan gen sitokrom b (cytb) DNA mitokondria (mtDNA) untuk mengenal pasti makanan darah. Teknik PCR telah dibangun dan disahkan dengan menggunakan sampel darah binatang liar dan haiwan makmal. Primer-primer yang digunakan adalah pelengkap kepada gen cytb mtDNA vertebrata yang terpelihara. Sampel darah dianalisis dan produk PCR dijujukkan. Jujukan-jujukan yang diperolehi dibandingkan dengan jujukan dalam pangkalan data GenBank menggunakan program BLAST untuk mengenal pasti spesis haiwan vertebrata. Penggunaan teknik molekular untuk pengenalpastian makanan darah bagi artropod terutamanya sengkenit akan dikaji.
(Hubungi Puan Ernieenor Faraliana Bt Che Lah di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut)
Ekstrak tumbuhan yang berkeupayaan mencegah tungau (chigger)
Projek ini dijalankan untuk mengesan keupayaan enam ekstrak tumbuhan iaitu; bawang merah (Allium aggregatum), bawang putih (Allium sativum), cengkih (Syzygium aromaticum), kulit kayu manis (Cinnamomun zeylanicum), halia (Zingiber officinale) dan pandan (Pandanus amaryllifolius) dalam mencegah kehadiran tungau Leptotrombidium deliense yang merupakan vektor kepada penyakit tifus skrub. Tungau yang digunakan dalam kajian ini diperolehi dari Makmal Koloni, Unit Akarologi, Institut Penyelidikan Perubatan. Putik kapas bertangkai plastik yang boleh diperolehi di pasaran digunakan sebagai tempat meletakkan ekstrak-ekstrak tersebut. Kepekatan ekstrak yang diuji adalah 10%, 5%, 2.5%, 1%, 0.1%, dan 0.01%. Setiap ekstrak dititis pada putik kapas dan tungau akan diletakkan di bahagian bawah tangkai putik kapas tersebut. Tungau yang bergerak ke arah atas sehingga mencecah putik kapas yang telah diletakkan ekstrak tumbuhan akan direkod sebagai tidak repel dan begitu juga sebaliknya.
(Hubungi Pn. Azima Laili Binti Hanifah di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut).
Pengesanan dan pengenalpastian Akari di sekitar bangkai haiwan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengesan dan mengenalpasti kehadiran akari pada bangkai haiwan, di sekitar tanah dan juga pada serangga yang hadir. Tiga bangkai haiwan yang berbeza saiz digunakan (tikus, arnab dan monyet). Penyaringan dan pengumpulan akari dijalankan setiap hari selama 35 hari. Semua akari termasuk sengkenit (tick) dikumpul dan diawet sebelum dikenalpasti.
(Hubungi Pn. Azima Laili Binti Hanifah di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut).
Pengesanan dan pengenalpastian patogen dalam sengkenit
Projek selama 2 tahun ini dibiayai oleh sebuah geran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai Ogos 2011 dan dijangka tamat pada Julai 2013. DNA sengkenit hidup yang telah dikenalpasti dan diketahui hosnya serta lokasi kutipan (hutan, kawasan pantai, ladang ternak komersial, pusat sumber haiwan dan pintu masuk negara) di Selangor disaring menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan asai komersial untuk kehadiran Rickettsia dan Borrelia. Semua penemuan positif disekuens untuk pengesahan keputusan yang diperolehi dan untuk pengklasan spesies Rickettsia atau Borrelia yang dikesan. Di dalam eksperimen lain, PCR dijalankan ke atas 2 bahagian berbeza gen cyt b mtDNA untuk pengenalpastian makanan darah hos bagi sengkenit kenyang. Produk PCR yang mempunyai hasil positif disekuens untuk memperolehi kawasan restriksi spesis-spesifik untuk diagnosis hos (manusia / binatang). Satu senarai spesis sengkenit yang berpotensi sebagai vektor Rickettsia dan Borrelia, lokasi asal dan hos akan dikumpulkan.
(Hubungi Dr Mariana Ahamad di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut)
Pengesanan rickettsioses yang berkepentingan kesihatan awam dalam sengkenit
Projek selama 3 tahun ini dibiayai oleh sebuah geran KKM bermula pada Ogos 2008 dan tamat pada Julai 2011. DNA sengkenit daripada pelbagai hos disaring menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk kehadiran agen Rickettsia. Sengkenit-sengkenit ini dikutip daripada kajian lapangan terdahulu (2003 – 2007) di 24 lokasi ekologi berbeza di Semenanjung Malaysia. Tujuh kajian lapangan seterusnya dilakukan untuk mengutip sengkenit segar daripada kawasan-kawasan yang mempunyai infektiviti tinggi penyakit rickettsioses yang diperolehi daripada kajian-kajian terdahulu. Tangkapan hos dan pemeriksaan vegetasi dijalankan di kawasan ekologi berbeza dalam kawasan kajian. Hos dikenalpasti dan dipengsankan untuk kutipan sengkenit. Di mana dibenarkan, hos dibunuh dan darah serta tisu (limpa dan hati) diambil. Sengkenit dikenalpasti untuk mendokumen spesies sebelum DNA mereka diekstrak. Sejumlah 770 DNA daripada sengkenit segar, 78 sampel darah dan 127 tisu binatang di periksa untuk kehadiran agen Rickettsia menggunakan PCR.
(Hubungi Dr Mariana Ahamad di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut)
Penubuhan koloni Suidasia pontifica tulen di dalam makmal (2010 – 2012)
Kajian ini dijalankan untuk menghidupkan satu koloni tulen Suidasia pontifica di makmal. Hama betina dewasa disimpan di dalam botol kaca secara berasingan. Satu lembaran kertas rokok (cigarette paper) diletakkan di atas mulut setiap botol dengan parafilm. Lebih kurang 1 mg makanan dimasukkan ke dalam setiap botol. Semua botol disimpan dalam kotak simpanan yang mengandungi larutan natrium klorida tepu. Kotak simpanan kemudiannya disimpan di dalam bilik berhawa dingin pada suhu 25° C. Hama diperiksa dua kali sehari sehingga mereka mati. Hama yang mati kemudiannya disahkan identitinya melalui penyediaan slaid. Telur yang telah diasingkan akan dipantau dan dijaga sehingga menjadi dewasa. Hama-hama dewasa kemudiannya dikumpulkan bersama-sama untuk membentuk sebuah koloni.
(Hubungi Puan Suhaili Zainal Abidin di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut)
Taburan horizontal hamama debu rumah pada tilam (2011 – 2013)
Kajian ini dijalankan untuk menilai dan membandingkan taburan hama debu rumah di empat kuadrat pada tilam. Setiap tilam dibahagikan memanjang kepada 4 bahagian yang sama. Setiap bahagian divakum secara berasingan selama 1 minit dengan menggunakan pembersih vakum dan debu dikumpulkan melalui kertas turas Whatman no. 1. Suhu pada hari persampelan, kelembapan relatif (RH) dan maklumat tilam yang dipilih dalam setiap bilik dicatatkan pada masa yang sama. Debu ditimbang dan diproses dengan pengayak. Debu halus yang terhasil direndam di dalam 90% asid laktik dan diperiksa di bawah pembesaran mikroskop 20x. Semua hama dan serpihan hama diambil dan dilekap dalam medium Hoyer. Lekapan slaid dikeringkan di dalam oven sebelum hama dikenalpasti dan dikira.
(Hubungi Puan Suhaili Zainal Abidin di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut)
SENARAI KAJIAN-KAJIAN YANG DIJALANKAN DALAM 7 TAHUN TERAKHIR (tahun mula – tahun selesai)
- Pengesanan dan pengenalpastian patogen dalam sengkenit (2011 – 2013)
- Ektoparasit akarin pada ular sawa Burmese peliharaan, Python molurus bivittatus di Malaysia (2010 – 2010)
- Ekstrak tumbuhan yang berkeupayaan mencegah tungau (chigger) (2009-2011)
- Pendekatan molekular untuk pengenalpastian makanan darah (2009-2013)
- Pergerakan dan lingkungan rumah tupai, Tupaia glis di sekitar rumah kes-kes otoacariasis di Kuantan, Pahang (2009 – 2010)
- Pengesanan rickettsioses yang berkepentingan kesihatan awam dalam sengkenit menggunakan asai Polymerase Chain Reaction (PCR) (2009 – masih berterusan)
- Senarai-semak awal ektoparasit akarin di Bukit Panchor dan Pulau Jerejak, Pulau Pinang (2008 – 2008)
- Mikrograf imbasan elektron hama rumah, Austroglycyphagus malaysiensis dan Suidasia pontifica (2008 – 2008)
- Senarai-semak awal ektoparasit akarin di Cameron Highland (2007 – 2007)
- Mikrograf imbasan elektron hama rumah, Tyrophagus putrescentiae, sejenis hama debu biasa di Malaysia (2007 – 2007)
- Kesan radiasi gelombang mikro ke atas hamama debu rumah (Dermatophagoides pteronyssinus dan Dermatophagoides farinae) (2007-2009)
- Bioasai makmal bagi 4 pencegah komersial ke atas Leptotrombidium deliense (2007-2008)
- Ekologi otoakariasis manusia di negeri Pahang (2006 – 2008)
- Spesis distribusi sengkenit pada binatang kecil di kawasan penempatan manusia di bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia (2006 -2009)
- Ketoksikan Serai wangi (Cymbopogan nardus) dan Semambu (Azadirachta indica) ke atas hamama debu rumah (2006-2007)
- Penubuhan koloni tungau baru di dalam makmal (2006-2008)
- Kesan aktiviti sisa ekstrak mentah tumbuhan ke atas hamama debu rumah (2006-2007)
- Penilaian keberkesanan 2 pembasmi kuman komersial dan kepingan berwap penghalau nyamuk ke atas hamama debu rumah (2006-2010)
- Kesan ionizer komersial ke atas hamama debu rumah Dermatophagoides pteronyssinus dan Dermatophagoides farinae (2006-2009)
- Kesan aktiviti sisa benzyl benzoate ke atas Dermatophagoides pteronyssinus (Acari: Pyroglyphidae) (2006-2008)
LATIHAN
Kursus Diploma Parasitologi & Entomologi Gunaan (DAP&E) – Modul Akarologi
Kursus DAP & E adalah kursus 5 bulan yang diadakan di Institut Penyelidikan Perubatan. Modul Akarologi dijalankan selama kira-kira 2 minggu dan ini termasuk kuliah, latihan amali dan kerja lapangan. Kuliah-kuliah merangkumi taksonomi asas, biologi, ekologi serta taburan akari yang mempunyai kepentingan kepada kesihatan awam. Dalam sesi praktikal, peserta di ajar untuk mengenalpasti akari biasa di Malaysia yang penting kepada kesihatan awam dan teknik-teknik asas makmal serta lapangan. Dalam kerja lapangan, peserta dapat mengamalkan pelbagai teknik mengumpul akari daripada alam sekitar dan perumah. Senarai program untuk modul ini adalah seperti di bawah. Individu yang berminat juga boleh memohon untuk menghadiri modul Akarologi sahaja.
Program
- Pengenalan kepada Akarologi (Kuliah, 1 jam)
- Teknik lapangan Akarologi (Kuliah, 1 jam)
- Teknik makmal Akarologi Kuliah, 1 jam)
- Teknik pemeliharaan Akari (Kuliah, 1 jam)
- Metastigmata: Umum (Kuliah, 1 jam)
- Mesostigmata: Umum (Kuliah, 1 jam)
- Prostigmata: Umum (Kuliah, 1 jam
- Astigmata: Umum (Kuliah, 1 jam)
- Vektor tifus belukar (Kuliah, 1 jam)
- Hama debu rumah (Kuliah, 1 jam)
- Skabies (Kuliah, 1 jam)
- Pengenalpastian Metastigmata (Praktikal , 2 jam)
- Pengenalpastian Mesostigmata (Praktikal, 2 jam)
- Pengenalpastian tungau (Praktikal, 2 jam)
- Pengenalpastian hama debu rumah (Praktikal, 2 jam)
- Pelekapan slaid Mesostigmata (Praktikal, 2 jam)
- Pelekapan slaid tungau (Praktikal, 2 jam)
- Pelekapan slaid hama debu rumah (Praktikal, 2 jam)
- Kerja lapangan (10 jam)
- Memproses haiwan untuk ektoparasit (Praktikal, 2 jam)
Latihan Ad hoc
Unit ini kerap mengadakan latihan ad hoc jangka pendek dalam pelbagai aspek Akarologi seperti yang diminta oleh individu dan institusi luar. Tempoh bagi latihan ini bergantung kepada perkara dan keperluan pelanggan. Latihan seperti ini biasanya tidak melebihi satu bulan. Program latihan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pelanggan boleh memilih untuk mendaftar dalam modul Akarologi daripada Kursus Diploma Parasitologi & Entomologi Gunaan yang dinyatakan di atas. Pelanggan boleh dikenakan yuran untuk menampung kos latihan. Sila hubungi Ketua Unit Akarologi untuk maklumat lanjut.
Latihan Industri
Ramai mahasiswa daripada universiti tempatan telah menjalani latihan industri mereka di Unit ini. Tempoh latihan biasanya antara 1-3 bulan dan berbeza-beza mengikut keperluan Universiti dan persetujuan Unit ini. Pelatih jangka pendek akan diperkenalkan kepada pelbagai aktiviti Unit ini dan berpeluang mencuba sendiri bagi memperolehi pengalaman. Pelatih jangka panjang boleh diberikan projek penyelidikan pendek untuk diusahakan sendiri di bawah penyeliaan pegawai-pegawai Unit ini. Permohonan untuk latihan industri hendaklah dialamatkan kepada Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan. Sila hubungi Ketua Unit Akarologi untuk maklumat lanjut.
Penyeliaan Mahasiswa Sarjana Muda dan Pasca-Siswazah atau Perundingan
Penyelidik kanan di Unit kerap bertindak sebagai penyelia luar atau perunding dalam projek-projek penyelidikan mahasiswa dan lepasan ijazah yang melibatkan pelbagai aspek Akarologi. Kami menyediakan latihan dalam makmal dan teknik lapangan, nasihat berkaitan reka bentuk kajian, mengajar, bimbingan penyelidikan, menganalisis data, penulisan tesis dan penerbitan hasil kajian. Sila hubungi Ketua Unit Akarologi atau Pegawai Penyelidik kami untuk perbincangan lanjut.