1. Diagnostik
- Untuk ujian khas alergi boleh rujuk di laman sesawang IMR.
- Untuk ujian diagnostik yang masih dalam evaluasi dan optimisasi, boleh hubungi unit alergi di talian: 03-33627638.
2. Latihan Dan Servis Konsultansi
- Menganjurkan seminar secara internal dan nasional untuk memberi kesedaran dan maklumat terkini tentang penyakit-penyakit berkaitan alergi kepada warga perubatan.
- Menganjurkan pelbagai latihan setiap tahun untuk mempastikan staf unit alergi sentiasa kompeten dalam menjalankan ujian.
- Menganjurkan dan menawarkan latihan ‘Skin Prick Test’ kepada klinik yang menawarkan ujian tersebut.
- Menganjurkan dan menawarkan latihan kepada makmal-makmal untuk ujian khas diagnostik.
- Memberi ceramah dan latihan praktikal kepada kursus diploma (DAPE dan DMM) di bawah anjuran ‘SEAMEO-TROPMED Regional Centre for Medical Microbiology, Parasitology & Entomology’.
Peserta yang menghadiri ‘National Allergy and Immunology Seminar (NAIS) 2023’
Bengkel ‘Skin Prick Test’
Bengkel Penyeragaman Alergen
3. Penyelidikan
- Penyeragaman ekstrak alergen.
- Pengenalpastian alergen makanan utama.
- Corak sensitiviti di kalangan pesakit alahan.
- Penjelasan profil sensitiviti molekul kepada allergen Blomia tropicalis dan kaitannya dengan gejala klinikal dengan menggunakan ‘Component resolved diagnosis (CRD)’.