Objektif AIRC
Objektif utama AIRC adalah:
- Untuk melaksanakan penyelidikan imunologi dan bioperubatan yang berimpak tinggi bagi bidang imunologi, vaksin dan penyakit-berjangkit.
- Untuk menjalankan perkhidmatan imunodiagnostik khas.
- Menyediakan latihan bagi menghasilkan tenaga kerja pakar berkaitan imunologi.
- Untuk menyediakan perundingan klinikal dan teknikal yang berkaitan dengan imunologi.
Aktiviti di AIRC
1. Penyelidikan
Penyelidikan di AIRC terdiri daripada pelbagai konsep asas, translasi dan penyelidikan klinikal berkait dengan alergi dan imunologi. Kami menyasarkan penemuan signifikan yang mempromosikan kecemerlangan di dalam bidang alergi dan imunologi yang meliputi penyelidikan seperti:
2. Perkhidmatan diagnostik
- Ujian-ujian alergi dan penghasilan alergen.
- Ujian-ujian bagi penyakit imunodefisiensi primer.
- Ujian-ujian bagi penyakit sistemik serta organ-spesifik autoimun.
- Ujian histokompatibiliti/ kesepadanan sel stem darah dan tisu bagi transplan (pemindahan organ, sum-sum tulang & sel stem).
- Evaluasi & validasi untuk ujian imunodiagnostik.
3. Latihan dan pembelajaran
Di samping aktiviti penyelidikan dan diagnostik, AIRC secara terus memainkan peranan untuk mengajar dan menawarkan latihan di dalam bidang alergi dan imunologi bagi pelajar pasca-siswazah Diploma Medical Microbiology (DMM) dan Diploma in Applied Parasitology and Entomology (DAP&E) di bawah South East Asia Ministry of Education Organization (SEAMEO) Tropical Medical Diseases (TropMed), pasca-siswazah sarjana, latihan industri, subkepakaran klinikal, pelajar pos-basik serta pelawat-pelawat tempatan/ luar negara melalui pelbagai medium termasuklah kuliah, kursus, lawatan serta latihan sangkut di makmal.
4. Perkhidmatan kosultansi
- Konsultansi klinikal bagi ujian-ujian makmal berkaitan dengan alergi, penyakit autoimun, penyakit imunodefisiensi primer dan transplan sel stem darah serta organ.
- Konsultasi klinikal di dalam perkhidmatan klinik alergi di NIH.
- Pengajar bertauliah bagi Sistem Pengurusan Kualiti Makmal Perubatan MS ISO 15189, keselamatan penggunaan vaksin di peringkat kebangsaan dan pembangunan vaksin kebangsaan.
- Konsultansi bagi Pusat Koordinasi Sel Stem Kebangsaan yang bertempat di Pusat Darah Negara.
- Program Jaminan Kualiti Kebangsaan untuk Antibodi Anti-Nuklear (QAP-ANA).
Warga kerja Pejabat AIRC bersama Ketua Pusat, Dr Masita Arip