1. Menjalankan penyelidikan perubatan herba dan T&CM menggunakan kaedah berasaskan bukti melalui data sekunder untuk menghasilkan maklumat (contohnya ulasan pantas, ulasan tinjauan, ulasan sistematik) yang sangat bernilai kepada profesional penjagaan kesihatan dan orang awam.
2. Menjalankan kajian farmakognostik untuk pembangunan farmakopia dan monograf bagi memartabatkan tumbuhan ubatan Malaysia dan menjadikan industri ini sebagai sektor ekonomi utama negara.
3. Mengumpul maklumat tradisional dan saintifik mengenai perubatan herba dan modaliti T&CM menghasilkan bahan rujukan penting seperti kompendium serta penerbitan etnobotani dan etnofarmakologi.
4. Menjalankan kajian pengkomputeran mengenai tumbuhan ubatan yang berpotensi untuk dianalisis dan diramalkan ketoksikan, bioaktiviti, dan kesesuaian fitokonstituennya untuk dijalankan kajian lanjut bagi menilai kesan farmakokinetik dan farmakodinamik serta kesan tumbuhan ubatan tersebut terhadap penyakit.
5. Menyelenggara koleksi spesimen baucar yang boleh digunakan sebagai rekod dan bahan rujukan bagi tujuan pengesahan tumbuhan uabtan yang dikaji.