[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 2 Dec 2024, 10:37 AM (Terakhir dikemaskini pada: 21st Nov 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Aktiviti Unit Fitokimia

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 5733

Unit Fitokimia berhasrat untuk membangun dan mewujudkan metodologi yang inovatif bagi menghasilkan piawaian kawalan kualiti dan produk perubatan tradisional yang terbukti secara klinikal. Pada masa yang sama, unit ini terlibat di dalam penemuan entiti molekul baharu daripada sumber semulajadi untuk rawatan atau pencegahan pelbagai penyakit. Penyelidikan kami bermula dari lapangan hingga ke penemuan dan pembangunan skema kawalan kualiti untuk memastikan penghasilan produk herba yang selamat dan berkesan.

1. Penghasilan produk herba terpiawai dan penanda kimia

Unit Fitokimia menghasilkan ekstrak premium pada skala makmal melalui pemilihan bahan mentah berkualiti tinggi, pengesahan dan pengkuantitian bahan kimia atau penanda biologi bagi kajian keselamatan, keberkesanan dan klinikal. Bagi memastikan bahan mentah itu berkualiti, pengesahan bahan mentah sering disokong oleh analisis botani, cap jari DNA dan cap jari kimia.

Analisis cap jari kimia memberikan corak unik bagi sebatian yang terdapat di dalam produk semula jadi terpilih. Sebelum penyelidikan lanjut ke atas ekstrak ini dijalankan, penanda kimia yang dipilih daripada cap jari ini diukur untuk memantau ketekalan kimia. Pelbagai peralatan termasuk HPTLC separa automatik, HPLC-PDA, LC-MS dan NMR digunakan untuk analisis kromatografi dan kuantitatif.

Unit Fitokimia juga komited untuk membangunkan kaedah pemisahan yang cekap bagi pengasingan dan penulenan penanda kimia untuk penyelidikan lebih lanjut. Kaedah yang paling mudah dan menjimatkan kos adalah kutamaan kami. Walau bagaimanapun, untuk pemisahan kimia yang rumit, protokol pemisahan dan pengasingan melalui teknologi canggih seperti flash chromatography, HPLC kitar semula, dan CPC yang digabungkan dengan pengesan UV dan ELSD juga digunakan. Setakat ini, kami telah membangunkan kaedah penulenan untuk beberapa penanda kimia daripada Carica papaya (betik), Hibiscus sabdariffa (roselle), Ficus deltoidea (mas cotek), Dioscorea hispida (ubi gadung) dan Schizophyllum commune (kulat sisir).

 

Phytochemistry Unit Activity1

Penyumberan bahan mentah untuk penghasilan ekstrak premium yang terpiawai

 

2. Penemuan entiti kimia baharu daripada sebatian semulajadi

Biodiversiti Malaysia merupakan sumber biologi molekul bioaktif yang masih belum diterokai sepenuhnya. Jurang antara penerokaan dan eksploitasi di Malaysia masih luas dan memerlukan usaha penyelidikan yang berterusan. Melalui kerjasama dengan pelbagai rakan penyelidik dalaman dan luaran, Unit Fitokimia terlibat di dalam penyelidikan penemuan entiti kimia baharu dari pelbagai sumber tumbuhan dan kulat untuk aktiviti anti-mikrob, kemoprevensi barah, anti-radang dan anti-penuaan.

Peranan kami adalah untuk mengutamakan dan mencirikan metabolit sekunder bioaktif. Kami berminat untuk membangunkan strategi fraksinasi berpandukan gabungan ujian bioasai berserta dereplikasi LC-MS untuk anotasi pantas metabolit sekunder di dalam ekstrak produk semula jadi atau fraksi yang diperkaya (enriched fractions). Usaha ini memerlukan penyusukan (profiling) kimia yang mendalam dan hubungan rangkaian struktur molekul dengan skor bioaktiviti. Setelah sesuatu sebatian bioaktif yang berpotensi itu dikenal pasti, aliran kerja seterusnya merangkumi penulenan dan pengenalpastian struktur menggunakan sistem kromatografi dan spektroskopi.

Pada masa ini, satu aspek yang tetap menjadi cabaran hebat kepada strategi gabungan bioasai dan dereplikasi LC-MS adalah anotasi metabolit secara automatik dari pangkalan data sebatian atau spektrum, terutamanya bagi sebatian daripada tanaman asli Malaysia. Pangkalan data ini harus mengandungi maklumat tumbuhan ubatan bernilai tinggi dan semua spesies yang terancam oleh kepupusan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi spesies tumbuhan tersebut. Inisiatif kolaboratif dan perkongsian data terutama di antara institusi penyelidikan di Malaysia diperlukan agar dapat menyelesaikan cabaran ini di masa depan.

Phytochemistry Unit Activity2

Peralatan analitikal yang digunakan untuk penyelidikan produk ubatan semulajadi
(CPC, Recycling HPLC, LC-MS (Q-Exactive), GC-MS and FID, LCMS-PDA, dan NMR (600 MHz)).


3. Pembangunan piawaian kawalan kualiti herba

Unit Fitokimia merupakan penyumbang yang aktif kepada inisiatif Monograf Herba Malaysia bagi pembangunan spesifikasi dan pengesahan pelbagai spesies. Ini termasuk penghasilan maklumat bagi monograf Moringa oleifera (merunggai), Clinacanthus nutans (belalai gajah), Momordica charantia (peria katak), Mitragyna speciosa (ketum), Carica papaya (daun betik), Brucea javanica (melada pahit), Curcuma zedoaria (kunyit putih), Syzygium polyanthum (daun salam), Schizophyllum commune (kulat sisir), Dioscorea hispida (ubi gadong) dan Smilax myosotiflora (ubi jaga).

Walaupun metodologi analitik yang mudah dan praktikal seperti HPTLC dan HPLC lebih biasa digunakan bagi piawaian kawalan kualiti kebangsaan, kami komited untuk meneroka strategi kawalan kualiti yang lebih terkini dan menyeluruh bagi produk herba Malaysia ke arah penemuan dan penyampaian ubatan. Maka, kami menggunakan kaedah metabolomik tak bersasar LC-MS dan metabolomik berasaskan NMR yang digabungkan dengan analisis multivariat. Pendekatan ini dapat mengubah paradigma konvensional berkenaan penyaringan ubat yang berasal daripada sumber semula jadi kepada analisis fitokimia yang lebih menyeluruh. Pendekatan metabolomik tidak bersasar ini merangkumi kajian berskala besar ke atas semua metabolit sekunder yang terdapat di dalam sistem biologi. Ia boleh diperluaskan lagi kepada pengawalan kualiti herba dengan mendalami hubungan di antara keseluruhan metabolom produk herba terpilih dan bioaktiviti masing-masing, serta faktor lain seperti varieti, tempat asal dan pemprosesan pasca tuai. Menerapkan metodologi sedemikian di dalam penyelidikan herba membantu pembangunan strategi kawalan kualiti untuk beberapa tumbuhan ubatan bernilai tinggi di Malaysia termasuk Ficus deltoidea, Hibiscus sabdariffa dan Carica papaya.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Setia Alam, Selangor, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami