- Menjalankan penyelidikan pra-klinikal dan membantu menjalankan kajian klinikal bagi membuktikan keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan herba secara saintifik mengikuti piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan manusia.
- Menyumbang kepada penemuan dan pengesahan ketulenan produk-produk herba di Malaysia dengan maklumat saintifik bagi tujuan penambahbaikan nilai komersialnya bagi menembusi pasaran antarabangsa.
- Mengumpul pelbagai maklumat berkenaan perubatan herba dan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) melalui penyelidikan bagi menyediakan kompendium, monograf dan portal sesawang maklumat elektronik bagi perubatan bersepadu, “Global Information Hub on Integrated Medicine” (GlobinMed).
- Membantu perjalanan penyelidikan PT&K bagi mencapai maklamat perubatan bersepadu.
- Bekerjasama dengan memberikan perkhidmatan profesional kepada pihak pemegang taruh terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam bidang perubatan herba dan PT&K.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan penyelidikan perubatan herba kepada sektor awam dan industri.
- Menyediakan latihan berkaitan penyelidikan perubatan herba kepada sektor awam dan industri.