- Memperkasa dan membangunkan ujian keberkesanan berasaskan sel secara in vitro dan in vivo untuk menentukan bioaktiviti dan potensi perubatan bagi ekstrak, sebatian atau formulasi produk tumbuhan herba.
- Melaksanakan penyelidikan ke atas ekstrak, sebatian atau formulasi produk tumbuhan herba untuk mengumpulkan data keberkesanan yang diperlukan untuk menjalankan kajian klinikal yang tidak terhad kepada aktiviti keberkesanan secara in vitro dan in vivo, mekanisme tindakbalas serta data farmakokinetik dan farmakodinamik.