[ English | Bahasa Malaysia ] Hari ini ialah 2 Dec 2024, 10:01 AM (Terakhir dikemaskini pada: 21st Nov 2024)

Text Red Text Black Text Blue Text Green Text Smaller Text Reset Text Larger

Pengenalan kepada Unit Bioassai

. Terakhir dikemaskini: 29 Jun 2022Jumlah paparan: 4925

Selamat Datang ke Unit Bioasai!

Unit Bioasai di bawah Pusat Penyelidikan Herba Perubatan terdiri daripada para penyelidik yang berdedikasi yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan kajian keberkesanan yang komprehensif ke atas tumbuhan ubatan tempatan bagi tujuan pembangunan ubatan dengan tuntutan terapeutik. Bermula dengan maklumat penggunaan secara tradisional dan etnobotani, potensi tumbuhan ubatan ini akan dibuktikan melalui ujian keberkesanan secara biologi (selular, biokimia dan biologi molekul) di samping mengenalpasti mekanisme tindakbalas yang relevan daripada bahan tumbuhan ubatan terpilih.

Sejak penubuhan HMRC pada tahun 2001, unit ini bermula dengan penyelidikan anti-malaria dan anti-kanser. Kepakaran dan keupayaan unit ini untuk menjalankan kajian in vitro dan in vivo telah berkembang. Pada masa ini, Unit ini berada di Setia Alam dengan kemampuan untuk melaksanakan penyelidikan anti-virus, anti-bakteria, anti-penuaan, dan aktiviti imunomodulatori ke atas tumbuhan ubatan terpilih. Teknik-teknik baharu dan terkini akan dibangunkan secara berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan penyelidikan di unit ini. Unit ini bertekad untuk menghasilkan data keberkesanan yang berkualiti tinggi melalui penyelidikan seperti:

  1. Saringan fenotipik secara in vitro bagi ekstrak, sebatian, dan formulasi produk tumbuhan ubatan dengan menggunakan kaedah pengujian berasaskan sel.
  2. Mengenalpasti mekanisma tindakan dengan pelbagai teknik seperti pengekspresan gen, pengekspresan protein, ujian asai selular, ujian asai imunofluoresen dan lain-lain.
  3. Menjalankan kajian farmakokinetik dan farmakodinamik ke atas ekstrak, sebatian dan formulasi produk berasaskan herba.
  4. Menjalankan kajian pengesahan keberkesanan pra-klinikal dalam model penyakit mengunakan haiwan.
  5. Membantu perlaksanaan kajian klinikal ke atas ekstrak, sebatian, dan formulasi produk ubatan herba melalui penghasilan data keberkesanan pra-klinikal.

myGOV MAMPU JPA IKU MSC NMMR CRC MyHEALTH MOH Globinmed SPA krste.my

Notis

 

Laman ini sesuai dilihat menggunakan Firefox (24.0) dengan resolusi 1280 x 768 pixels atau lebih.

Lokasi Kami

world

Kami terletak di Setia Alam, Selangor, Malaysia. Klik pada imej peta untuk melancarkan servis Google Maps.

Hubungi Kami