- Membangunkan metodologi analitikal untuk kawalan kualiti, formulasi dan pembangunan produk herba.
- Mengenalpasti entiti molekul bioaktif yang baharu daripada sebatian semulajadi untuk potensi penghasilan ubat bagi pembangunan produk penjagaan kesihatan.
- Membangunkan kepakaran di dalam bidang penyelidikan fitoperubatan.
- Melibatkan diri di dalam kerjasama penyelidikan saintifik produk semulajadi Malaysia.
- Memberi khidmat rundingan kepada sektor awam dan industri berkaitan pengawalan kualiti bahan mentah tumbuhan, ekstrak terpiawai dan produk herba terapeutik.